Monday, October 25, 2010

Orang melayu malas

Salam


Saya saje nak tulis pasal orang melayu takut rugi. Orang melayu tak suka melabur. Kalau ada kemungkinan rugi sikit, walau pun jangka panjang untung besar, dia tak hendak. Itulah orang melayu.

Melayu baru mesti sedar zaman berubah. Hidup di zaman sekarang bukan di zaman dahulu. Kita nak jadi ekonomi berasaskan pendapatan tinggi dalam lebih kurang 10 tahun. Kita kena berani. Ini tidak, ada rugi je takut walau pun sementara. Itulah sebabnya orang melayu tak boleh berniaga. Nak niaga macammana kalau tak rugi. Mesti rugi dulu, peringkat awal. Kemudian baru untung.

Di kampung saya orang melayu yang saya kenal jadi nelayan. Bot-bot yang mereka pakai tu siapa punya. Cuba tanya. Bukan dia punya. Macam mana tu kalau bot pun bukan sendiri punya.


Kalau main saham internet (sebenarnya bukan saham pun) yang boleh untung berjuta-juta, walaupun keuntungan tak dijamin, boleh pulak dia melabur juta-juta ringgit dan rugi pulak juta-juta ringgit. Main nombor ekor tu boleh pulak, dan dah jadi mesti. Siapa yang main nombor ekor dan dah jadi kaya. Mungkin seorang dalam berpuluh ribu.

Sebab apa mereka boleh jadi macam tu ialah sebab malas. Kalau untung tanpa berkerja seperti main saham internet yang untung banyak tanpa perlu bekerja, yang tu tak apa. Tunjuk bukti. Orang yang tunjuk kereta yang dipakai tu kereta besar, bukti income yang atas sehelai kertas sahaja dah cukup jadi bukti.

Kalau nak main saham, takut rugi beribu-ribu ringgit ambillah yang resiko rendah seperti unit trusts. Unit trusts mempunyai pengurus dana yang hebat. Kita yang bayar secara tidak langsung kepada gaji pengurus dana dan lain-lainnya. Tahukan anda berapa gaji mereka? Lima angka dan tentu.

Unit trusts adalah satu cara untuk melaburkan duit kita dengan cara yang baik. Kalau disimpan di bawah bantal, kita akan hadapi 1) kecurian 2) Kebakaran 3)kehilangan dan yang kerugian paling utama ialah risiko inflasi yang mana dalam 10 tahun akan menurunkan kuasa memberi kepada hampir separuh bergantung kepada berapa inflasi kita.

Kita sekarang kena memberi kesedaran kepada orang melayu tentang kenapa orang melayu malas. Ada duit je pergi melabur. Melabur untuk anak-anak setidak-tidaknya. Mengikut Warren Buffet kita kena simpan dulu kemudian belanja bakinya, bukan belanja dulu kemudian simpan yang lebih kalau ada.

Kerajaan telah membuat pelbagai cara untuk menjadi ekonomi yang pendapatan lebih tinggi tetapi adakah kita masih malas nak ambil tahu. Malaslah anda dan kami pun malas nak ambil tahu pasal anda.